Monday, November 2, 2009

EASA-FASA LOMPAT KIJANG

FASA LOMPAT KIJANG
Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:-
1) fasa penujuan
2) fasa meloncat ( hop)
3) fasa melangkah ( step)
4) fasa melompat (jump)
5) fasa pendaratan

1). Fasa Penujuan
Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi
tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk
pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop)
Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat
pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini.
Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan
kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu
untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu
diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki
menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu
diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke
depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri)
itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step)
Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama
lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke
belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara
(iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke
belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di
bawah badan. Kedudukan “kaki terbuka” (split) ini dikekalkan seberapa lama yang
boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi.
Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi
sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya
dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di
belakang.

4). Fasa melompat (jump)
Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki
lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik
penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau ‘ sail’ boleh digunakan semasa
berada di udara.

5). Fasa pendaratan.
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk
mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera
dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

No comments:

Post a Comment