Monday, November 2, 2009

Latihan Ansur Maju Lompat Kijang

LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT KIJANG
1. Melakukan lompat kijang secara berdiri.
Mula dengan kaki lonjakan di hadapan. Hayun kaki bebas ke hadapan dan mendarat
dengan kaki lonjakan untuk membuat loncatan (hop). Seterusnya melangkah dengan kaki
yan sama dan mendarat dengan kaki lain untuk membuat lompatan. Selepas itu, mendarat
dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut dibengkokkan. Ulang aktiviti beberapa kali.

2.setelah langkah-langkah diatas dilakukan, berjalan dua langkah dan lakukan gerakan
yang sama seperti di atas. seterusnya berlari anak dan lakukan gerakan yang sama,
tetapi cuma untuk mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu nisbah jarak lompatan 10 :
8 : 9.

EASA-FASA LOMPAT KIJANG

FASA LOMPAT KIJANG
Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:-
1) fasa penujuan
2) fasa meloncat ( hop)
3) fasa melangkah ( step)
4) fasa melompat (jump)
5) fasa pendaratan

1). Fasa Penujuan
Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi
tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk
pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop)
Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat
pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini.
Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan
kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu
untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu
diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki
menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu
diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke
depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri)
itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step)
Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama
lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke
belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara
(iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke
belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di
bawah badan. Kedudukan “kaki terbuka” (split) ini dikekalkan seberapa lama yang
boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi.
Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi
sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya
dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di
belakang.

4). Fasa melompat (jump)
Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki
lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik
penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau ‘ sail’ boleh digunakan semasa
berada di udara.

5). Fasa pendaratan.
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk
mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera
dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

LOMPAT KIJANG

LOMPAT KIJANG
Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah hampir sama dengan peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik. Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak landas lari.

Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu berjingkat (hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah berjingkat (hop) dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.

Fasa Melontar Peluru

Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan

Fasa Persediaan ( Preparation )
1.Peserta bersedia dalam bulatan lontaran
2.Peluru dipegang dengan cara yang betul
3.Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa



Peralatan Melontar Peluru

PERALATAN
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

PELURU
Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

Acara Lontar Peluru

Lontar Peluru

PENGENALAN
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Sunday, November 1, 2009

FASA MEREJAM LEMBING

1. Fasa persediaan
Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
•Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles
•Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa
•Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah
•Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman
•Pandang kearah kawasan rejaman

2.Fasa lari landas
Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
•Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala
•Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal
•Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya
•Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa
larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
•Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi
•Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi
pinggang
•Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing
•Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk
menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak
Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
•Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan
sebelah kaki
•Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
•Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan
•Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Kawasan rejaman lembing
Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.


TEKNIK MEREJAM LEMBING

Gaya memegang lembing
Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

Gaya Amerika
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan – U
Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.


MEREJAM LEMBING

MEREJAM LEMBING
Sejarah
Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Prinsip asas merejam lembing
Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu.
Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam dan perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan